About Me

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera! Selamat datang ke blog Joran1Malaysia.blogspot.com Kepada para pelawat termasuk tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit dan sebagainya yang ingin menghantar laporan, info aktiviti dan lain-lain, sila hantarkan ke email: joran1malaysia@gmail.com

Monday, 5 September 2011

TIPS

 ETIKA MEMANCING

  • Membawa balik ikan yang diperlukan sahaja.
  • Tidak membuang sampah di merata-rata tempat.
  • Sentiasa meningkatkan ilmu memancing.
  • Mematuhi peraturan memancing dan pengendalian peralatan memancing.
  • Menghormati hak-hak pemancing lain.
  • Menghormati peraturan kolam atau lokasi pancing persendirian.
  • Menyebarkan pengetahuan sesama pemancing.
  • Menyokong usaha-usaha memelihara alam sekitar.
  • Berusaha membangunkan industri pancing.

     

    JANGAN MELANGKAH JORAN

    Mungkin ramai yang percaya apabila joran dilangkah, ia akan dilanda ‘suwey’ dan joran tersebut sudah tidak ‘ong’ lagi. Amalan ini adalah perkara biasa kepada kaki pancing, tetapi masih ada yang tidak percaya dan tidak menghiraukan pantang larang tersebut.
    Mereka menganggap ia cuma dusta orang-orang tua zaman dulu-dulu.Tidak dinafikan sesetengah pantang larang adalah untuk mendidik kita untuk tidak melakukan sesuatu yang tidak sopan dan sesetengah pantang larang pula adalah tahyul semata-mata.
    Joran adalah sebuah alat yang digunakan sejak zaman nenek moyang kita lagi untuk mencari rezeki. Adalah tidak sopan untuk kita melangkah sebuah alat yang digunakan untuk mencari rezeki sama seperti kita melangkah sepinggan nasi yang kita ingin makan.
    Walaupun pendekatan nenek moyang kita menggunakan pendekatan menakutkan kita dengan mengatakan apabila joran dilangkah rezeki sudah tidak datang, ia boleh menimbulkan keraguan kepada kita. Pada pokok pangkalnya mereka hanya ingin kita terus menghormati alat yang digunakan untuk mencari rezeki.
    Kebanyakan pemancing kini sudah tidak menghiraukan kebanyakan pantang larang orang tua-tua dan sudah tidak berminat dengan pantang larang tersebut. Ambillah sesetengah pantang larang sebagai ikhtibar dan jangan mengambilnya bulat-bulat kerana boleh menyebabkan kita percaya kepada yang takhyul sebaliknya jadikannya bekalan ilmu kepada kita.

    Simpulan Blood Knot

    SIMPULAN ini sesuai untuk digunakan menyambung dua tali pancing mono yang memiliki ketebalan berbeza.
    SIMPULAN ini sesuai untuk digunakan menyambung dua tali pancing mono yang memiliki ketebalan berbeza.
    SIMPULAN ini sesuai untuk digunakan menyambung dua tali pancing mono yang memiliki ketebalan berbeza.
    1. Lakukan satu gelung bertindih dengan menggunkan tali yang lebih nipis dan kemudian lilit pada tali yang lebih tebal.
    2. Lilit tali yang lebih tebal dengan tali yang lebih nipis
    3. Masukkan bahagian hujung tali yang tebal ke bahagian tengah lilitan selepas melakukan empat hingga lima lilitan.
    4. Lakukan sekali lagi lilitan hingga enam lilitan dan masukkan bahagian tengah dengan menggunakan tali yang lebih nipis.
    5. Tamatkan simpulan dengan menggunakan tali yang lebih tebal dengan dengan menarik dua bahagian berbeza.
    6. Kemudian tarik perlahan-lahan ikan ke arah berbeza untuk mengukuhkan ikatan.

No comments:

Post a Comment